Oleh Muslim Abdullah Zaik
KUANG, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) perlu lantang dalam mewakili golongan belia menegakkan perjuangan yang sebenar.
Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Pemuda Isma perlu bersifat inklusif dan berfikir bagi golongan muda Malaysia, sekali gus mewakili kumpulan majoriti.
Malah beliau turut menyeru supaya pemuda berjuang membangkitkan golongan belia negara daripada kelesuan dan memandu agenda mereka sendiri.
Ustaz Abdullah Zaik turut mengingatkan bahawa penubuhan Pemuda Isma adalah untuk mencari anak muda yang mempunyai sifat kelakian dan kehebatan.
“Penubuhan pemuda adalah misi mencari jantan, ini adalah misi yg sangat penting. Kita juga berharap para ahli Pemuda Isma dapat mencalonkan diri untuk kepimpinan akan datang, kita kena ada kehendak untuk membina masa depan yang kita lakar sendiri.
“Perlu ada aras pemikiran dan keberanian yang tinggi pada peringkat ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Muktamar Pemuda Isma 2017 di sini, Ahad lalu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussin berkata, pihaknya akan menumpukan untuk membina nilai lasak, gagah, berani dan berketerampilan dalam jiwa anak muda negara, bagi menyediakan generasi pemimpin negara masa sekarang dan akan datang.
“Kita akan sama-sama menggembeleng tenaga turun ke lapangan untuk membangunkan potensi anak muda dan menggarap keupayaan mereka. Kita akan lahirkan pemuda yang lasak, gagah, berani dan terampil.
“Saya menyeru para pemuda untuk bersama-sama menjayakan misi ini. Kita perlu mulakan supaya akan dapat dicontohi sekalian anak muda,” katanya.
The post Pemuda Isma perlu lantang tegak perjuangan sebenar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemuda Isma perlu lantang tegak perjuangan sebenar
0 Komentar untuk "Pemuda Isma perlu lantang tegak perjuangan sebenar"