Gema Semua Maklumat

Penemuan baharu kes tembak anggota polis

Penemuan baharu kes tembak anggota polis

ALOR SETAR, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Polis menjumpai beberapa penemuan baharu yang boleh membantu mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang pegawai rendahnya yang maut ditembak di Changlun, Jitra pada 18 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang meneliti laporan forensik sekali gus yakin bahawa ia siasatan kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Apa yang pasti, individu yang terlibat dalam pembunuhan ini tidak akan terlepas sama sekali,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam kejadian 10.25 malam itu mangsa Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat daripada enam das tembakan yang dilepaskan ke arahnya.

Khalid berkata, setakat ini polis telah menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes itu, dan tidak menolak kemungkinan terdapat tangkapan lagi selepas ini.

The post Penemuan baharu kes tembak anggota polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penemuan baharu kes tembak anggota polis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penemuan baharu kes tembak anggota polis"

Back To Top