Gema Semua Maklumat

Mayat 10 kelasi kapal AS ditemui

Mayat 10 kelasi kapal AS ditemui

NEW YORK, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan penemuan mayat 10 kelasi yang terkorban selepas kapal perang John S. McCain terlibat dalam pelanggaran dengan kapal tangki di perairan timur Johor, baru-baru ini.

Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika dalam satu kenyataan berkata, penyelam tentera laut dan marin AS menemui mayat kesemua kelasi berkenaan.

Mayat kesemua kelasi ditemui di dalam bahagian tertutup kapal perang itu yang kini berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Changi Singapura.

Kapal John S McCain itu berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia kira-kira jam 5.40 pagi, minggu lalu.

Kejadian berlaku di kedudukan 4.5 batu nautika perairan Teluk Ramunia.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan, usaha pencarian di dalam kapal itu ditamatkan selepas Tentera Laut AS mengumumkan kesemua 10 kelasi kapal yang hilang ditemui.

Singapura sebelum ini menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat dengan AS, Australia, Indonesia dan Malaysia yang meliputi kawasan seluas 5,524 kilometer persegi.

Operasi berkenaan melibatkan lebih daripada 300 anggota daripada agensi Singapura termasuk MPA dan Angkatan Tentera Singapura (SAF), Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). – Agensi

The post Mayat 10 kelasi kapal AS ditemui appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mayat 10 kelasi kapal AS ditemui
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mayat 10 kelasi kapal AS ditemui"

Back To Top