KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter membabitkan laluan dua hala Sungai Buloh-KL Sentral hari ini terganggu ekoran 10 gerabak kargo tergelincir, awal pagi tadi.
Menurut laporan akhbar tempatan, sebanyak 10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira jam 1 pagi tadi.
“Kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter dijangka 30 minit dari jadual asal membabitkan laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves susulan kerja membaik pulih di kawasan terjejas.
“Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) menghala ke utara iaitu Ipoh dan Padang Besar turut mengalami kelewatan dari jadual asal.
“Sebarang perkembangan terkini berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Unit Respons Pelanggan KTM.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman http://www.ktmb.com.my.
The post Perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL Sentral terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL Sentral terjejas
0 Komentar untuk "Perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL Sentral terjejas"