Gema Semua Maklumat

Pertikaian kontrak: SPRM rampas empat kotak dokumen

Pertikaian kontrak: SPRM rampas empat kotak dokumen

SHAH ALAM, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas empat kotak dipercayai mengandungi dokumen penting berkaitan siasatan isu pertikaian kontrak antara Universiti Selangor (Unisel) dengan syarikat konsesi, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Rampasan kesemua kotak berkenaan susulan serbuan selama enam jam yang dijalankan oleh suruhanjaya itu ke atas universiti berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Malah, SPRM turut mengambil keterangan Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Selain kampus universiti itu di Shah Alam, SPRM turut mengadakan serbuan serentak di beberapa premis lain termasuklah pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan pejabat JNSB di Desa Pandan dan kampus induk Unisel di Bestari Jaya.

Difahamkan, isu membabitkan penyelesaian antara UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas satu laporan dibuat kepada SPRM Selangor berhubung penyelesaian itu yang didakwa meragukan.

The post Pertikaian kontrak: SPRM rampas empat kotak dokumen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pertikaian kontrak: SPRM rampas empat kotak dokumen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pertikaian kontrak: SPRM rampas empat kotak dokumen"

Back To Top