BANGI, 28 Zulkaedah 1438H, Selasa – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat lebih menunggu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan skandal 1Malaysia Development berhad (1MDB), berbanding kes Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu.
“Saya tak kata kes Memali itu adalah kecil, tapi kes 1MDB yang sedang dihadapi oleh negara, bebanan besar wang yang hilang berbilion-bilion, dibicarakan di peringkat luar negeri, dibentangkan laporan2 yang pelbagai-bagai.
“Kenapa hal yang sebegitu, kalau betul lah ikhlas kerajaan nak cari jawapan kepada isu besar, nak tubuhkan suruhanjaya seperti yang dicadangkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Harapan di Johor Bahru, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan RCI Memali oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan disokong sepenuhnya oleh PAS.
Dua hari lalu, Zahid berkata, kerajaan bersedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak, termasuk keluarga mangsa.
Rancangan penubuhan RCI Memali itu mendapat sokongan penuh daripada pemimpin-pemimpin PAS.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, peristiwa Memali sudah lama berlaku dan kerajaan pada waktu itu telah memutuskan apa yang berlaku, selain mengeluarkan Kertas Putih dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
“Jadi saya ada berbau seolah-olah ada muslihat politik. Sebab itu ada keghairahan untuk menubuhkan RCI (Memali).
“Cuma yang boleh saya sebut di sini ialah rakyat tuntut dan tunggu ialah RCI untuk 1MDB… yang itu saya fikir lebih utama. Rasanya ini yang sedang berlaku pada hari ini,” katanya.
Tuntutan penubuhan RCI 1MDB itu, katanya, sudah lama dibuat supaya punca skandal berkenaan dicari dengan merujuk kepada laporan dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, siasatan dan hukuman ke atas individu di Singapura serta siasatan di Switzerland.
Muhyiddin berkata, beliau bukan hendak mengalihkan perhatian kepada isu-isu lain, sebaliknya kes 1MDB adalah paling serius dan kesan buruknya ditanggung oleh negara.
“Antara lain kerana faktor penyelewengan, rasuah yang membabitkan nama-nama yang kita tahu siapa.. MO1, Riza Aziz, Jho Low. Ini yang rakyat tunggu-tunggu. Kenapa tidak ambil tindakan yang begitu.. itu yang sewajarnya… ini yang terkini.
“Nampak ketidakadilan, nampak suatu yang tak saksama.. soal kepentingan negara diabaikan,” katanya.
The post Rakyat mahukan RCI 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rakyat mahukan RCI 1MDB

0 Komentar untuk "Rakyat mahukan RCI 1MDB"