KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Seorang pesara guru didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Bagi pertuduhan pertama, Abu Hasan Chan Abdullah, 64 didakwa memiliki bahan berkaitan Daesh di akaun Facebook miliknya.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Abu Hasan dituduh menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas itu.
Suspek dipercayai merupakan penyokong Daesh, dia ditahan 11 Ogos lalu di Bachok, Kelantan.
Bagi pertuduhan pertama, jika didapati bersalah, suspek boleh dihukum bawah 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan Subseksyen 130JB(1) kanun yang sama.
Hukuman yang boleh dikenakan kepada suspek jika didapati bersalah boleh dipenjara tempoh tidak lebih tujuh tahun.
Manakala pertuduhan kedua dihukum di bawah 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 130J(1) Kanun yang sama dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun.
Bagaimanapun, Hakim Syed Faisal Syed Amir menetapkan sebutan semula kes pada 10 November depan sementara menunggu laporan daripada pakar keganasan.
The post Pesara guru didakwa simpan barang Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pesara guru didakwa simpan barang Daesh
0 Komentar untuk "Pesara guru didakwa simpan barang Daesh"