BANGI, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Harga runcit minyak petrol mingguan naik lagi bermula tengah malam ini, empat minggu berturut-turut sejak 27 Julai lalu.
Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga runcit bagi RON95 naik 3 sen kepada RM2.15 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.43 seliter (naik 4 sen).
Sementara, diesel turun 2 sen menjadikan RM2.04 seliter.
Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 23 Ogos depan.
Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.
The post Petrol naik lagi, diesel turun 2 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Petrol naik lagi, diesel turun 2 sen
0 Komentar untuk "Petrol naik lagi, diesel turun 2 sen"