Gema Semua Maklumat

UMMAT serah memorandum kepada Majlis Raja-Raja jika Akta 164 lulus

UMMAT serah memorandum kepada Majlis Raja-Raja jika Akta 164 lulus

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

PUTRAJAYA, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Sekretariat UMMAT akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu jika Dewan Negara meluluskan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.

Pengerusi UMMAT, Haji Aminuddin Yahaya berkata, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu sudah menubukan panel pakar di kalangan peguamnya yang akan menyediakan draf alternatif kepada pindaan Akta 164 itu.

Pindaan Akta 164 yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu didapati boleh menghakis hak orang Islam, katanya pada sidang media di pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini, hari ini.

Pindaan akta itu akan dibentangkan pula kepada Dewan Negara untuk dibahaskan.

Mengulangi pendirian UMMAT yang sebulat suara menolak pindaan akta itu atas dasar bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, beliau berkata, dalam konteks Fasal 3 yang telah memberi hak eksklusif kepada mahkamah sivil.

“Begitu juga dalam Fasal 51a berkenaan pewarisan harta diberikan kepada orang bukan Islam. bermakna, orang bukan Islam juga boleh menerima harta pusaka orang Islam.

“Untuk itu, kita menolak pindaan ini dan inshaAllah kita akan bersama-sama peguam yang lain untuk memberikan penyelesaian yang boleh kita buat selain daripada meminda akta ini yang kita rasa boleh memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya.

Berkenaan harta suami isteri selepas penukaran agama, seksyen baharu 51a menyatakan:

“Jika seseorang yang telah masuk Islam mati sebelum perkahwinan bukan Islam yang orang itu ialah suatu pihak telah dibubarkan, aset perkahwinan orang itu hendaklah dibahagikan oleh mahkamah antara pihak-pihak berkepentingan mengikut peruntukan seksyen ini apabila permohonan dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan.”

Justeru, beliau berkata, pihaknya telah mencadangkan untuk mengadakan mediasi ataupun mewujudkan tribunal supaya kedua-dua belah pihak iaitu orang Islam dan bukan Islam boleh berbincang

“Kita nampak itu lebih memberi keadilan kepada dua-dua pihak. Pada masa sama ia tidak menjejaskan hak kedua-duanya sama ada hak orang Islam untuk mengamalkan agama Islam dan juga orang bukan Islam ini yang selama ini teraniaya hasil daripada tiada pindaan pada Akta 164 ini.

“Jadi, kita memang minta senator-senator dalam Dewan Negara untuk diteliti dengan lebih halus pindaan ini dan diwacanakan lagi melibatkan pelabg pihak terutamanya peguam Muslim dan NGO Islam supaya pandangan kita diambil kira dalam konteks supaya perkara ini tidak menjadi polemik yang memecah belahkan masyarakat yang pelbagai kaum ini.

“Jadi bukanlah kita menolak begitu sahaja tanpa sebarang penyelesaian, kita menolak dan kita sendiri akan kemukan penyelesaian kita yang boleh memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak,” katanya.

The post UMMAT serah memorandum kepada Majlis Raja-Raja jika Akta 164 lulus appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UMMAT serah memorandum kepada Majlis Raja-Raja jika Akta 164 lulus
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "UMMAT serah memorandum kepada Majlis Raja-Raja jika Akta 164 lulus"

Back To Top