Gema Semua Maklumat

Piala Presiden Isma 2017: Pulau Pinang beri amaran awal kepada Selangor

Piala Presiden Isma 2017: Pulau Pinang beri amaran awal kepada Selangor

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Selangor sekali lagi menjadi sasaran apabila skuad Isma Pulau Pinang menyasarkan untuk merampas kedudukan juara pada kejohanan Piala Presiden Isma 2017.

Pengurus pasukannya, Mohd Redza Khazale berkata, skuad kendaliannya itu lebih matang untuk berdepan dan menumpaskan Az-Zahrah FC dan juara tahun lalu, Isma Selangor FC.

Katanya, Pulau Pinang turut mempertaruhkan pemain yang berpengalaman dan bijak dalam mengawal rentak permainan pada kejohanan kali ini.

“Tahun lepas kita gagal peringkat kumpulan lagi. Kalau tidak salah saya kita seri sekali dan tewas dua kali sehingga tidak melayakkan kita ke pusingan kalah mati.

“Ia mungkin disebabkan gugup dan terlalu memandang tinggi pihak lawan. Selain rata-rata pemain yang masih muda iaitu berumur 16 hingga 18 tahun,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Berbeza bagi tahun ini, Mohd Redza berkata, skuad Pulau Pinang lebih terbuka dalam memvariasikan pemainnya dengan menonjolkan pemain seawal usia 16 tahun sehingga 25 tahun.

“Tahun ini dengan pemilihan yang kita buat pada awal tahun, dan siri latihan serta perlawanan persahabatan lebih daripada 10 kali telah kita buat. Kita yakin kita boleh sekurang-kurangnya ke final.

“Kita memperbanyakkan perlawanan persahabatan bagi memastikan persefahaman antara pemain dapat dibentuk. Pemain yang kita kumpulkan ini saya percaya yang terbaik.

“Kita akan bermain dengan sebaik mungkin dan penguasaan di bahagian tengah akan dipertingkatkan. ‘Midfield’ kita rata-rata berpengalaman dan kita ada pemain-pemain yang laju serta boleh mengawal rentak perlawanan,” katanya.

The post Piala Presiden Isma 2017: Pulau Pinang beri amaran awal kepada Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Presiden Isma 2017: Pulau Pinang beri amaran awal kepada Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Piala Presiden Isma 2017: Pulau Pinang beri amaran awal kepada Selangor"

Back To Top