Gema Semua Maklumat

PICKnGO dilancarkan sekitar Lembah Klang

PICKnGO dilancarkan sekitar Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Orang awam kini mempunyai satu lagi pilihan tambahan dalam perkhidmatan e-hailing apabila aplikasi PICKnGO mula dilancarkan sekitar Lembah Klang.

Pengarah Eksekutif Pick N Go Sdn Bhd, Valerie Chan berkata, perkhidmatan itu lebih daripada sekadar aplikasi tempahan teksi kerana ia juga satu komitmen untuk menawarkan kemudahan lebih baik kepada pelanggan.

“Setiap pemandu teksi PICKnGO perlu menjalani latihan dan kenderaan mereka akan diperiksa sebelum bergelar pemandu yang sah.

“Kami sedang mentransformasi minda pelanggan dan pemandu kami,” katanya pada majlis pelancaran PICKnGO di pusat membeli-belah Sunway Velo-city di Cheras, Isnin.

Beliau mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 10,000 pemandu teksi berdaftar di sekitar Greater Kuala Lumpur.

Penumpang boleh menggunakan wang tunai, kad kredit atau debit di semua teksi PICKnGO menerusi terminal tempat jualan (POS) MPay +Pro mobile.

Aplikasi PICKnGO boleh dimuatnaik menerusi Google Play Store and Apple App Store.

The post PICKnGO dilancarkan sekitar Lembah Klang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PICKnGO dilancarkan sekitar Lembah Klang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PICKnGO dilancarkan sekitar Lembah Klang"

Back To Top