BATU PAHAT, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyegerakan siasatan berhubung isu tempat kelahiran penasihat veteran parti rasis dan cauvinis, DAP, Lim Kit Siang.
Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata, gesaan itu dibuat apabila persoalan besar mula timbul berikutan maklumat daripada capaian internet yang menyatakan Kit Siang tiba di Malaysia pada 1957 telah bertukar dengan pemimpin pembangkang itu lahir di Batu Pahat, di sini pada 20 Februari 1941.
“Kami meminta polis dapatkan kepastian dengan segera kerana saya dimaklumkan oleh veteran-veteran DAP bahawa ibu bapa Kit Siang tidak pernah menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Jadi, bagaimana beliau dikatakan lahir di negara ini?
“Malah, beliau dalam kempen-kempen politiknya sebelum ini pernah membuat pendedahan yang bercanggah kerana ketika di Pulau Pinang, dia kata dia anak Pulau Pinang, semasa kempen di Melaka dia kata dia orang Melaka dan begitu juga di Johor,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pihak polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini sebentar tadi.
Susulan itu, Ramesh berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Ogos lalu.
The post Polis diminta segerakan siasatan asal usul Kit Siang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis diminta segerakan siasatan asal usul Kit Siang
0 Komentar untuk "Polis diminta segerakan siasatan asal usul Kit Siang"