BANGI, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Rakyat adalah peringkat yang paling terkesan dengan isu-isu berkaitan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.
Menerusi rakaman video yang disiarkan di Facebook SPRM hari ini, Dzulkifli berkata, rakyat lebih berasa keperitan dan kesempitan dengan isu rasuah di Malaysia.
Katanya, beliau percaya negara akan lebih makmur dan gemilang sekiranya Malaysia bebas bersih dan bebas daripada sebarang isu rasuah serta salah guna kuasa.
“Perkara yang menghambat kecemerlangan negara adalah kerana isu-isu sebegini.
“Jadi ini yang perlu kita bersihkan untuk lonjakkan lagi negara pada masa hadapan,” katanya.
Justeru katanya, SPRM memerlukan sokongan semua golongan masyarakat untuk bersama dengan suruhanjaya itu, membanteras gejala rasuah.
“Ia buka tugas SPRM semata-mata dengan kekuatan yang kami ada dengan 1,900 anggota seluruh Malaysia nak jaga isu rasuah dan salah guna kuasa, tak ada daya.
“Dengan cara kita mendekati masyarakat dan mereka merasakan SPRM ini dekat dengan mereka dan mahu bersama-sama paling tidak kita mengharapkan masyarakat Malaysia ini mengatakan tidak memberi rasuah. Tiada yang memberi, bersihlah negara kita,” katanya.
The post Rakyat terkesan isu rasuah, salah guna kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rakyat terkesan isu rasuah, salah guna kuasa
0 Komentar untuk "Rakyat terkesan isu rasuah, salah guna kuasa"