BANGI, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Seorang daripada tiga remaja lelaki rakyat Malaysia tampil membuat permohonan maaf berhubung kekecohan yang berlaku di rumah tumpangan Vitti Lodge & Famili di Osaka, Jepun sehingga tular di laman sosial, baru-baru ini.
Ramadhan Sinclair, 18, membuat permohonan maaf berkenaan melalui Facebooknya, kepada semua rakyat Malaysia khususnya kakitangan rumah tumpang berkenaan, Muhd Abdul Qaiyum kerana bersikap kasar.
Katanya, beliau dan dua lagi rakan akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku dan berusaha membayar semula kerugian yang ditanggung oleh pihak pengurusan.
“Saya Ramadhan, ingin meminta maaf daripada pihak saya yang telah melakukan kecoh di Osaka minggu ini. Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama Qaiyum (baju biru) disebabkan saya telah melakukan keganasan terhadap beliau dan guna kata-kata sangat kesat.
“Kami bertiga akan bertanggungjawab terhadap kerosakan dan cuba untuk bayar kembali apa yang pengurusan tanggung.
“Saya bagi pihak individu yang buang najis di tempat mandi juga minta maaf dan saya sendiri tidak tahu siapa yang buat, namun terserah untuk percaya atau tidak.
“Saya berazam untuk menjadi orang lebih baik selepas ini dan jaga akhlak saya ke mana-mana saya pergi,” tulisnya dalam posting itu.
Kisah tiga remaja terbabit tular di media sosial dan mendapat kecaman teruk daripada netizen berikutan tindakan dua daripada mereka mengasari kakitangan premis penginapan berkenaan.
Salah seorang remaja pula melepaskan kemarahannya dengan menendang meja makan dan menumbuk dinding dapur sehingga pecah menyebabkan pemilik terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM5,000.
Selain pertengkarannya bersama Qaiyum (kakitangan premis) yang turut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), mereka didakwa membuang najis di bilik mandi rumah tumpangan tersebut.
Susulan itu, pemilik homestay tersebut mengharamkan pelancong dari Malaysia untuk menggunakan perkhidmatannya.
The post Ramadhan mohon maaf buat kecoh di rumah tumpangan Jepun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ramadhan mohon maaf buat kecoh di rumah tumpangan Jepun
0 Komentar untuk "Ramadhan mohon maaf buat kecoh di rumah tumpangan Jepun"