Gema Semua Maklumat

Solat sunat gerhana bulan separa awal pagi esok

Solat sunat gerhana bulan separa awal pagi esok

KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Planetarium Negara akan menganjurkan program cerapan dan Solat Sunat Gerhana bermula jam 12 tengah malam ini hingga 4.30 pagi esok.

Gerhana bulan separa akan berlaku awal pagi esok bermula jam 1.22 pagi hingga 3.18 pagi iaitu selama 1 jam 55 minit.

Bulan akan bergelap kira-kira 30 peratus. Semua umat Islam disarankan menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid atau surau berdekatan, bersedekah dan memperbanyakkan doa.

Fasa gerhana
Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
7 Ogos, 11:50 mlm

Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula
8 Ogos, 1:22 pagi

Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa (30%)
8 Ogos, 2:20 pagi

Tamat gerhana separa.
(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
8 Ogos, 3:18 pagi

Tamat gerhana penumbra
(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
8 Ogos, 4:50:56 pagi.

The post Solat sunat gerhana bulan separa awal pagi esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Solat sunat gerhana bulan separa awal pagi esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Solat sunat gerhana bulan separa awal pagi esok"

Back To Top