Gema Semua Maklumat

SPRM panggil pegawai kanan MB Selangor

SPRM panggil pegawai kanan MB Selangor

PUTRAJAYA, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong hari ini berhubung kes melibatkan Universiti Selangor (UNISEL).

Pegawai terbabit dilihat hadir di ibu pejabat SPRM, kira-kira jam 10 pagi tadi untuk memberi keterangan berkaitan isu pertikaian kontrak antara UNISEL dengan syarikat konsesi, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

“Berangkat ke Putrajaya. SPRM memanggil saya di bawah Seksyen 30 (1)(a) berkaitan dengan penyiasatan UNISEL selepas laporan yang difailkan oleh Pemuda UMNO Kelana Jaya,” kata Yin menerusi kenyataan di akaun Twitternya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan kehadiran Yin di pejabat suruhanjaya itu hari ini.

Katanya, siasatan SPRM merangkumi isu pembayaran oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) bagi projek UNISEL.

Minggu lalu, SPRM membuat kampus UNISEL di Shah Alam, pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pejabat JNSB di Desa Pandan dan kampus induk Unisel di Bestari Jaya.

Difahamkan, isu membabitkan penyelesaian antara UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung penyelesaian itu yang didakwa meragukan.

MBI dipercayai membuat bayaran kepada JNSB menerusi dua transaksi iaitu RM10 juta pada 2015 dan RM6 juta lagi pada 2016 selain wujud dakwaan JNSB mendapat pampasan kewangan dan kontrak baharu daripada UNISEL walaupun gagal menyempurnakan kontrak sedia ada.

The post SPRM panggil pegawai kanan MB Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM panggil pegawai kanan MB Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM panggil pegawai kanan MB Selangor"

Back To Top