Gema Semua Maklumat

Pemimpin Islam ASEAN wajib bela muslim Rohingya

Pemimpin Islam ASEAN wajib bela muslim Rohingya

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Penindasan terhadap etnik minoriti Islam Rohingya perlu dihentikan segera dengan bantuan negara-negara luar. 

Sedih melihat saban hari nyawa etnik Rohingya terkorban di tangan regim Myanmar, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, pemimpin negara Islam perlu bersepakat menangani isu ini. 

“Pelik mengapa pemimpin-pemimpin dunia Islam tiada yang bersuara terhadap kekejaman terbaru tentera Mynmar kepada umat Islam Mynmar?

“Kita rakyat biasa hanya dapat ledakkan keperihatinan dengan sedarkan masyarakat.

“Penuh harapan kita mahu mereka yang berkuasa memperjuangkan nasib saudara seaqidah kita,” katanya.

Kelmarin, tentera rejim Myanmar melepaskan tembakan ke arah berpuluh-puluh pelarian etnik Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan ke Bangladesh.

Beribu-ribu etnik muslim Rohingya melarikan diri dari kampung masing-masing di Myanmar, kini terperangkap di sempadan Bangladesh, tatkala kekacauan semakin meningkat di negeri Rakhine.

Pertempuran antara tentera rejim Myanmar dengan pejuang Rohingya tercetus kelmarin, menyebabkan kira-kira 92 orang terbunuh, termasuk 12 askar rejim, memaksa penduduk melarikan diri.

Justeru Ustaz Zamri berkata, dalam kemeriahan Sukan SEA 2017, janganlah sampai kita melupakan nasib mereka. 

“Gunakan semangat Asean untuk membela mereka.

“Mereka tiada haiwan untuk dikorbankan tetapi mereka sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan aqidah Islam,” katanya.

The post Pemimpin Islam ASEAN wajib bela muslim Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemimpin Islam ASEAN wajib bela muslim Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemimpin Islam ASEAN wajib bela muslim Rohingya"

Back To Top