KUALA LUMPUR, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas wang tunai dianggarkan kira-kira RM100,000 selepas menyerbu rumah bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad malam tadi.
Menurut sumber yang dipetik Utusan Online, wang berkenaan ditemukan dalam sebuah peti besi milik beliau yang kemudiannya dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.
Sumber itu memaklumkan, serbuan di Senawang, Negeri Sembilan dibuat bagi meneruskan siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh anak syarikat FGV, Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.
Setakat ini, tiga rumah Isa, termasuk di Nilai dan Liggi, Negeri Sembilan dilapor telah diserbu.
SPRM juga menyerbu pejabat barunya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
The post SPRM rampas RM100,000 dalam peti besi Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM rampas RM100,000 dalam peti besi Isa Samad
0 Komentar untuk "SPRM rampas RM100,000 dalam peti besi Isa Samad"