Gema Semua Maklumat

Kenaikan harga ikan hanya sementara

Kenaikan harga ikan hanya sementara

KUALA TERENGGANU, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, kenaikan harga ikan di Terengganu hanya bersifat sementara.

Katanya, ia berikutan permintaan tinggi terhadap bekalan terbabit sejak bermula Ramadan dan akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat.

“Jika dilihat daripada hasil tangkapan nelayan, pendaratan ikan pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Selain itu, berdasarkan maklum balas semua pihak, kenaikan harga ini tidak kekal lama dan akan kembali normal selepas tamat bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya yang dipetik akhbar tempatan selepas meninjau pendaratan ikan di Jeti Perikanan Pulau Kambing, di sini.

Zawawi berkata, ikan tidak termasuk di bawah harga kawalan sebaliknya ia bergantung kepada permintaan dan penawaran.

Sehubungan itu, katanya apabila permintaan naik harga juga turut meningkat.

The post Kenaikan harga ikan hanya sementara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kenaikan harga ikan hanya sementara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kenaikan harga ikan hanya sementara"

Back To Top