KUALA LUMPUR, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu dua lagi rumah yang mempunyai kaitan dengan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Serbuan dilakukan lewat petang semalam di kediaman Isa yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan dibuat setakat ini.
Semalam, mahkamah membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman Isa selama lima hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel bertaraf empat bintang di Kensington, London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corp (FIC).
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan menerima suapan.
The post SPRM serbu dua lagi rumah ada kaitan Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM serbu dua lagi rumah ada kaitan Isa Samad
0 Komentar untuk "SPRM serbu dua lagi rumah ada kaitan Isa Samad"