Gema Semua Maklumat

Askar Zionis tembak mati pemuda Palestin, 6 lagi cedera

Askar Zionis tembak mati pemuda Palestin, 6 lagi cedera

SEMENANJUNG GAZA, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Tentera rejim Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya enam yang lain di kawasan yang dikepung di Semenanjung Gaza, semalam, selepas rusuhan tercetus berdekatan sempadan antara utara Gaza dan Israel.

Dua lagi pemuda Palestin cedera ditembak ketika pertempuran di tengah Gaza.

Pertempuran tercetus antara askar Zionis dan pemuda Palestin di timur kem pelarian Jabalya di utara Semenanjung Gaza, apabila tentera rejim membunuh Aed Khamis Jumaa, 35, selepas menembaknya di kepala, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Enam lagi cedera ditembak dengan peluru hidup dan dikejarkan ke Hospital Indonesia Gaza bai mendapatkan rawatan, kata kementerian itu.

Dalam kejadian berasingan, askar rejim Israel mencederakan dua pemuda Palestin dengan peluru hidup, seorang di tangan dan seorang lagi di kaki, selepas pertempuran tercetus di timur kem pelarian Bureij di tengah Gaza.

Dalam pertempuran itu ratusan pemuda Palestin membaling batu ke arah askar Zionis, sambil membakar tayar dan merosakkan pagar pemisah. – Agensi

The post Askar Zionis tembak mati pemuda Palestin, 6 lagi cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Askar Zionis tembak mati pemuda Palestin, 6 lagi cedera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Askar Zionis tembak mati pemuda Palestin, 6 lagi cedera"

Back To Top