Gema Semua Maklumat

SPRM tahan Isa Samad

SPRM tahan Isa Samad

PUTRAJAYA, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, hari ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Beliau yang juga bekas Pengerusi Felda ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 4.24 petang tadi, lapor akhbar tempatan.

Terdahulu, beliau hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, penahanannya adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.

“SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya.

The post SPRM tahan Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM tahan Isa Samad
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM tahan Isa Samad"

Back To Top