Gema Semua Maklumat

SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan audit negara

SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan audit negara

KUALA LUMPUR, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti laporan audit negara yang dikeluarkan semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, penubuhan pasukan khas itu adalah untuk meneliti sekiranya terdapat isu rasuah atau salah guna kuasa dalam laporan audit negara berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya kini telah menerima laporan berkenaan dan akan meneliti perkara itu dengan terperinci.

“Kita telah mengenal pasti beberapa isu dan selepas meneliti laporan audit tersebut, kita akan ambil tindakan seterusnya,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandungi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk tahun yang sama.

Ia dibentangkan di Parlimen semalam oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

 

The post SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan audit negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan audit negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan audit negara"

Back To Top