Gema Semua Maklumat

Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi

Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Polis menggesa supaya lebih ramai lagi pihak yang tampil untuk membantu melaporkan kegiatan perjudian haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, masyarakat perlu memainkan peranan lebih besar dalam membanteras aktiviti haram itu.

Beliau turut memberi jaminan terhadap orang ramai yang tampil memberikan maklumat berhubung kegiatan itu akan dilindungi.

“Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk memastikan sesiapa yang memberi maklumat dilindungi.

“Kami memerlukan orang ramai untuk membantu kita. Sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat, tampil dengan segera,” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 628 serbuan telah dilakukan berhubung kes berkenaan.

“Kita menahan 609 orang termasuk pemilik premis judi. Kita juga merampas 7,834 mesin dan peranti judi.

“Kita telah memusnahkan 3,826 buah komputer, 41 simulator, 15 komputer riba, dua tablet dan iPad bernilai RM2.3 juta,” katanya.

The post Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi"

Back To Top