Gema Semua Maklumat

Tidak siuman, ibu terlepas hukuman gantung

Tidak siuman, ibu terlepas hukuman gantung

MELAKA, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Seorang wanita terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan tertuduh tidak siuman ketika membunuh bayi perempuannya berusia 22 bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid dalam keputusannya memerintahkan Daphne Phang Mei Kei, 28, ditahan di Hospital Permai, Tampoi mengikut perkenan Yang di-Pertua negeri Melaka.

Walaupun mahkamah mendapati Daphne bersalah membunuh anak kandungnya selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah, namun mahkamah mendapati pembelaan berjaya membangkitkan Seksyen 84 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh tidak siuman ketika melakukannya.

“Justeru, mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348(1) Kanun Prosedur Jenayah supaya Daphne diletak dalam tahanan selamat di bawah jagaan Hospital Permai, Johor Bahru.

“Tahanan terhadap tertuduh itu atas perkenan Yang diPertua negeri Run Mohd Khalil Yaakob sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 348(2) kanun sama,” katanya.

Daphne sebelum ini dituduh melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian terhadap anak ketiganya, Evan Chee Xin Ci yang berusia 22 bulan di rumah di Taman Padi Indah, Pulau Sebang, 5.30 petang 20 julai 2015.

Sebelum ini media melaporkan ada kesan retak di tengkorak kepala dan lebam pada beberapa bahagian badan, dipercayai didera.

Tertuduh kemudian mendakwa anaknya terjatuh dari walker dan membawa mangsa ke Hospital Tampin sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

The post Tidak siuman, ibu terlepas hukuman gantung appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tidak siuman, ibu terlepas hukuman gantung
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tidak siuman, ibu terlepas hukuman gantung"

Back To Top