Gema Semua Maklumat

Trump arah pecat ‘transgender’ dalam tentera

Trump arah pecat ‘transgender’ dalam tentera

WASHINGTON, 3 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi tempoh enam bulan kepada Pentagon untuk memecat ribuan ‘transgender’ yang kini berkhidmat dalam perkhidmatan tentera negara itu.

Arahan itu dikeluarkan semalam selepas beliau mengumumkan pengharaman golongan itu dalam tentera AS melalui akaun Twitternya, bulan lalu.

Dalam polisi baharu tentera, Trump mahukan Pentagon memecat golongan itu, selain menghentikan pembayaran sebarang rawatan perubatan.

Menurut laporan Al-Jazeera, terdapat kira-kira 15,000 individu yang menukar jantina berkhidmat dalam angkatan tentera AS ketika ini.

Justeru Trump berkata, keputusan dibuat selepas berbincang dengan para jeneral dan pakar.

Katanya, tentera AS perlu fokus kepada kemenangan dan tidak boleh dibebani dengan kos perubatan dan masalah yang timbul akibat penglibatan individu ‘transgender’.-Agensi

The post Trump arah pecat ‘transgender’ dalam tentera appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Trump arah pecat ‘transgender’ dalam tentera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Trump arah pecat ‘transgender’ dalam tentera"

Back To Top