Gema Semua Maklumat

‘Kalau tak dapat balik Proton, saya nak tubuh satu lagi syarikat kereta’: Tun M

‘Kalau tak dapat balik Proton, saya nak tubuh satu lagi syarikat kereta’: Tun M

KUALA LUMPUR, 3 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat untuk menubuhkan sebuah lagi syarikat kereta nasional jika Proton yang diasasnya lebih 30 tahun dulu tidak dapat dikembalikan.

Impian itu diutarakan bekas perdana menteri berkenaan kerana kesal dengan penjualan kepentingan Proton, yang baginya agak baik untuk sebuah negara membangun.

“Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,” katanya yang juga bekas Pengerusi Proton.

Jelas ahli politik berusia 92 tahun itu lagi, beliau akan memperhalusi idea menubuhkan syarikat pembuatan kereta nasional jika diberi peluang.

“Kita ada ramai jurutera yang bagus tetapi sudah meninggalkan Proton dan mereka boleh mulakan syarikat automotif baharu.

“Kita ada kemahiran, dari A ke Z. Kita boleh reka, uji… kita ada semua yang diperlukan,” katanya, sambil memberitahu masalah utama adalah sukar untuk mendapatkan pinjaman, melainkan jika Pakatan Harapan dapat mengambil alih Putrajaya.

Mei lalu, Konglomerat DRB-Hicom menjual 49.9 peratus saham Proton kepada pengeluar kereta China – Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely).

Geely adalah syarikat induk kepada Geely Automobile Holdings Ltd berpangkalan di Hong Kong dan kumpulan Volvo di Sweden. Proton juga memiliki pengeluar kereta sport Britain, Lotus Cars.

Geely menguasai kilang pemasangan Proton di Tanjung Malim yang boleh mengeluarkan 150,000 kenderaan setahun.

Dengan menguasai pengeluaran kereta Malaysia, syarikat berkaitan juga layak mengeksport kereta itu ke semua negara anggota Asean tanpa cukai.

The post ‘Kalau tak dapat balik Proton, saya nak tubuh satu lagi syarikat kereta’: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Kalau tak dapat balik Proton, saya nak tubuh satu lagi syarikat kereta’: Tun M
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Kalau tak dapat balik Proton, saya nak tubuh satu lagi syarikat kereta’: Tun M"

Back To Top