Gema Semua Maklumat

Van rempuh orang ramai, 13 terbunuh 32 cedera

Van rempuh orang ramai, 13 terbunuh 32 cedera

BARCELONA, 25 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, 32 cedera, termasuk 10 parah, selepas sebuah van dipandu laju merempuh orang ramai di laluan popular dengan pelancong di sini, awal pagi ini waktu Malaysia.

Kejadian berlaku pada waktu petang ketika orang ramai, terutama pelancong bersiar-siar di kawasan Las Ramblas yang banyak kedai dan restoran.

Polis mengklasifikasikan insiden itu sebagai serangan pengganas.

Akhbar El Pais melaporkan pemandu van berwarna putih itu melarikan diri selepas merempuh orang ramai.

Polis kemudian mengepung kawasan itu, dan mengarahkan peniaga menutup perniagaan, manakala stesen kereta api bawah tanah di kawasan itu juga menghentikan perkhidmatan.

Polis masih memburu pemandu van terbabit.

Sejak Julai tahun lalu, kenderaan digunakan untuk merempuh orang ramai dalam beberapa siri serangan di seluruh Eropah, membunuh lebih 100 orang di Nice, Berlin, London dan Stockholm. – Agensi

The post Van rempuh orang ramai, 13 terbunuh 32 cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Van rempuh orang ramai, 13 terbunuh 32 cedera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Van rempuh orang ramai, 13 terbunuh 32 cedera"

Back To Top