PADA 7 Ogos 2017, jam 11.30 malam, saya terbaca berita bertajuk, Ramasamy calls Ridhuan Tee a bigot for his DAP anti-Islam list, yang disiarkan di portal liberal freemalaysiatoday.
Rujuk sini:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/07/ramasamy-calls-ridhuan-tee-a-bigot-for-his-dap-anti-islam-list/
Berita ini telah menjadi viral dalam laman sosial yang lain seperti FB, Twitter, Blog dan sebagainya. Seperti biasa, saya menjadi bahan kutukan ultra kiasu. Saya tidak pernah ambil kisah soal kutukan, kerana sudah kebal, berperang di alam maya ini. Cuma fakta kena betul, perlu ada facts and figures kata orang putih. Inilah masalah ultra kiasu. Serkap jarang. Pemikiran kuno dan bodoh. Paku dulang paku serpih, mengatakan orang dia yang lebih.
Ramasamy memberikan respon ke atas berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Ogos 2017, di bawah tajuk “10 Bukti DAP anti-Islam”. Malangnya berita tersebut mengatakan saya adalah penulisnya. Sedangkan saya tidak pernah tulis artikel tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 6 Ogos itu. Tetapi menjadi viral dalam media sosial.
Cuma saya teramat kesal ultra kiasu ini menuduh dan menfitnah saya tanpa merujuk fakta. Begitu juga Utusan yang menyiarkannya tanpa bertanya kepada saya.
Sudahlah begitu, ultra kiasu ini mengeluarkan kata-kata jelek terhadap saya, kesalahan yang tidak saya lakukan. P Ramasamy, Timbalan Setiausaha Agung DAP, telah mengeluarkan kenyataan menghina dan merosakkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan pendakwah yang dikenali ramai.
P Ramasamy turut mengeluarkan kata-kata jelek seperti bigot, penghasut, menanam kebencian, memecah belahkan kaum dan bermacam-macam lagi istilah yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin.
A DAP leader has branded controversial preacher Ridhuan Tee Abdullah as a bigot for coming out with a list of “10 reasons and proof why DAP was anti-Islam” in Utusan Malaysia yesterday. DAP deputy secretary-general P Ramasamy said it was unbecoming for a person who “claimed to be a professor” to come out with such a “hateful list”. He said it was clear that Tee was trying to work up Malay sentiments to spark racial tensions among peace-loving Malaysians… “Look at the comments and statements of Tee himself, a Chinese convert who is trying to over-please Muslims just to ingratiate himself into their ranks. “He is increasing racial pressure in the country to create more disunity in the country,” Ramasamy told FMT. (FMT 7.8.17)
Lanjutan daripada itu saya telah menghubungi akhbar Utusan. Memberitahu kepada mereka saya bukan penulis artikel tersebut. Utusan telah menarik balik dan membuat permohonan maaf melalui ralat. Pautan berita di Utusan http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/10-bukti-dap-anti-islam-1.511778 , turut dipadamkan.
Berita ini ternyata telah merosakkan nama baik dan reputasi saya. Ramasamy juga telah meletakkan saya dalam kedudukan bahaya daripada segi keselamatan kerana saya dikutuk dan diancam dalam media sosial.
Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis mengenai fitnah yang telah mencemarkan nama baik saya. Sekiranya Ramasamy dan FMT tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, saya akan meneruskan dengan tindakan undang-undang.
Saya ingin maklumkan kepada pembaca, inilah wajah sebenarnya ultra kiasu. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mematikan watak (character assassination) seseorang yang menjadi ancaman kepada mereka. Mereka mahu menonjolkan bahawa merekalah ‘lembu suci’ (sacred cow), tetapi ekor mereka bergelumang tahi.
Seperti yang saya sebut minggu lalu, jika kes mahkamah menyebelahi mereka, maka dicanangkan seluruh seluruh dunia, ‘keadilan’ menyebelahi mereka. Sebaliknya, jika mahkamah keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, maka dituduh mahkamah dikuasai oleh pemerintah. Mahkamah dan hakim tidak bebas.
Saya harapkan umat Islam membuka mata terhadap perancangan licik ultra kiasu. Lihat sahaja hubungan ultra kiasu ini dengan PAS. Hari ini, mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan PAS yang tidak bersama mereka lagi dalam pakatan harapan (PH).
Pantang PAS buat silap atau ada sedikit kelemahan, akan diserang habis-habisan. Misalnya, isu Akta 164 yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini. Kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan oleh PAS. Cuma dikeluarkan oleh seorang dua individu PAS yang bukan bidang. Maka, kenyataan ini dianggap kenyataan PAS, maka PAS diserang habis-habisan, kerana dikatakan tidak pakar atau tidak faham undang-undang.
Sama juga isu korupsi dan rasuah. Jika pemimpin UMNO melakukan rasuah, maka dicanangkan seluruh dunia betapa buruknya UMNO. Lebih malang lagi dikaitkan dengan kerajaan. Mereka juga melakukan rasuah dan korupsi. Apabila SPRM datang membuat siasatan dan mungkin menangkap mereka, maka dicanangkan bahawa SPRM menjadi tunggangan UMNO. Lebih malang lagi dikaitkan dengan kerajaan.
Apa salah kerajaan? Kerajaan adalah kerajaan. Kerajaan tidak bersalah, yang bersalah adalah individu atau parti terbabit.
Perlu dibezakan antara kerajaan Malaysia dengan individu (parti) atau syarikat yang terbabit. Kerajaan adalah kerajaan. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan berdaulat. Individu atau syarikat tidak. Mereka adalah entiti dalam kerajaan. Justeru, jangan salah kerajaan. Sama juga menulis papan tanda yang tidak betul, seperti “Ini Projek Kerajaan Barisan Nasional” atau Ini Projek Kerajaan Pakatan Harapan”.
Sejak bila parti politik ada kerajaan? Kerajaan adalah kerajaan. Parti politik hanyalah ‘ruling party’. Inilah kebodohan tahap gaban yang masih berlaku. Bercakap pada perkara bukan bidang sehingga menampakkan kebodohan.
Sebutan yang betul adalah, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Selangor, Kerajaan Kelantan. Tulisan yang betul adalah “Ini Projek Kerajaan Malaysia/Kelantan dan lain-lain”. Tidak ada istilah kerajaan BN, Kerajaan PH, Kerajaan UMNO, PAS, PKR dan sebagainya. Perlu diingatkan, parti politik adalah jentera yang menjalankan peranan kerajaan. Kerajaan sudah terbentuk dan berdaulat apabila terbentuk sebuah negara bangsa. Kerajaan adalah kerajaan.
Parti politik tidak ada kerajaan dan mereka tidak berhak memiliki kerajaan. Justeru, saya mengharap ultra kiasu faham. Jangan terlalu berpolitik sehingga menampakkan kebodohan. Saya akan teruskan dengan tindakan undang-undang jika ultra kiasu ini tidak membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-kata jelek beliau bersama laman sosial yang menyiarkan berita tidak benar tersebut.
Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
The post Wajah hodoh sebenar ultra kiasu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Wajah hodoh sebenar ultra kiasu
0 Komentar untuk "Wajah hodoh sebenar ultra kiasu"