BANGLADESH, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 26 orang disahkan maut selepas tiga bot membawa pelarian etnik Muslim Rohingya terbalik di Bangladesh.
Pegawai keselamatan sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel Ariful Islam berkata, sehingga kini 15 mayat kanak-kanak dan 11 wanita ditemui di sekitar Sungai Naf di Bazar Cox sehari selepas bot-bot berkenaan karam.
Insiden berkenaan adalah yang terbaharu berlaku ke atas pelarian Rohingya yang melintas masuk dari Myanmar ke Bangladesh.
Ia susulan tindakan kumpulan yang menuntut mempertahankan Rohingya di negeri barat Rakhine dengan melancarkan serangan pada minggu lalu terhadap pengawal polis di sempadan utara negara itu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 100 terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Serangan itu mencetuskan tindakan keras oleh rejim keselamatan dan perusuh Buddha di kawasan perkampungan Rohingya di Rakhine, menyebabkan ramai melarikan diri ke sempadan.
Bangladesh berkata, kira-kira 18,000 pelarian dipercayai telah menyeberang ke negara itu.
Bagaimanapun ratusan daripada mereka masih terkandas di sepanjang sempadan, dan ia disahkan oleh Pemerhati Hak Asasi Manusia.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi juga memberi amaran mengenai nasib umat Islam yang terus disekat dari memasuki Bangladesh.- Agensi
The post 26 maut, bot bawa pelarian Rohingya terbalik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 26 maut, bot bawa pelarian Rohingya terbalik
0 Komentar untuk "26 maut, bot bawa pelarian Rohingya terbalik"