Gema Semua Maklumat

Anglophile berjiwa penjajah, khianati bangsa Melayu: Presiden Isma

Anglophile berjiwa penjajah, khianati bangsa Melayu: Presiden Isma

Oleh Siti Fatimah Ishak

SHAH ALAM, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Tamadun hebat yang pernah dicapai bangsa Melayu suatu masa dahulu, kini sudah musnah, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Pemimpin NGO yang lantang bersuara berkaitan isu Islamdan Melayu itu berkata, kemusnahan yang berlaku semuanya angkara penjajah.

Ini kerana jelas beliau, British telah melahirkan generasi Anglophile yang kagum dengan penjajah.

Anglophile adalah generasi yang kagum dengan penjajah, berasa kerdil dan hina kepada bangsa sendiri. Bagi mereka, yang maju itu Inggeris, yang hebat itu Cina. Mereka mengadapatasi pemikiran sekular dan kesamarataan.

“Mereka inilah yang memusnahkan identiti kebangsaan Melayu yang pernah tersergam indah. Merekalah yang menghalang agenda perjuangan menengakkan semula peradaban Melayu dan mengisi kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Malam Inspiradi Pejuang 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Ustaz Abdullah berkata, Isma sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana melahirkan rasa kesal atas apa yang menimpa pejuang-pejuang bahasa Melayu, antaranya seperti Pendeta Za’ba, Pak Sako, Keris Mas serta badan-badan seperti GAPENA, KPGMS, PASPAM.

Katanya, walaupun pejuang bahasa ini berjaya mencatatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan, tetapi dari segi realitinya, bahasa Melayu jauh ketinggalan berbanding apa yang dicita-citakan oleh mereka.

“Orang Melayu sendiri lebih bangga berbahasa orang putih kerana hakikatnya jiwa mereka masih dijajah. Puak Anglophile pula dilihat masih memupuk kebanggaan kepada bahasa penjajah.

“Sebab itu, mereka lebih gemar berbahasa Inggeris dari bertutur dengan bahasa mereka sendiri. Orang yang berbahasa Melayu dianggap berada di belakang mereka, golongan kelas kedua.

“Saya ibaratkan mereka seperti bangsa Melayu tanpa jiwa. Atau lebih tepat, bangsa yang berjiwa penjajah,” katanya.

The post Anglophile berjiwa penjajah, khianati bangsa Melayu: Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Anglophile berjiwa penjajah, khianati bangsa Melayu: Presiden Isma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Anglophile berjiwa penjajah, khianati bangsa Melayu: Presiden Isma"

Back To Top