Gema Semua Maklumat

Arak perbuatan maksiat, wajib ditinggalkan: Mufti Wilayah

Arak perbuatan maksiat, wajib ditinggalkan: Mufti Wilayah

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Isu penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan diadakan secara besar-besaran di ibu negara awal Oktober depan, kini diperdebatkan dengan sokongan dan bantahan pelbagai pihak.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi artikel bertajuk Bayan Linnas Siri ke-17 : Hindari Bahaya Arak berpandangan, isu tersebut perlu dilihat dari dua sudut.

“Jika agama-agama selain Islam mengizinkannya, maka ia termasuk dalam kebebasan beragama dan kami tidak ada masalah dengannya.

“Mengadakan pesta arak secara terbuka adalah tidak ada kewajarannya dari sudut pendirian yang matang kerana mempromosikan arak itu sendiri adalah satu hal yang tidak bermanfaat,” katanya.

Beliau menasihatkan seluruh rakyat Malaysia untuk menghindarkan diri daripada hanyut dengan arak yang terbukti menjadi punca kepada kerosakan masyarakat, perpecahan dan keruntuhan rumah tangga.

Malah jelas Dr Zulkifli, Islam juga menegaskan bahawa perbuatan meminum arak adalah maksiat yang wajib ditinggalkan.

Menurutnya, di United Kingdom (UK) angka rasmi jenayah akibat meminum alkohol adalah 45-46 peratus kejadian jenayah, keganasan rumah tangga (39 peratus) dan hampir 1 juta serangan ganas berlaku pada 2007 hingga 2008 berpunca daripada mabuk atau separuh mabuk.

Katanya, fakta berkenaan jelas menunjukkan bahawa meminum arak bukanlah budaya yang baik dan sihat.

“Semoga Malaysia terus maju ke hadapan dan meninggalkan budaya-budaya yang tidak bermanfaat kepada bangsa dan negara.

“Kami berpandangan, alangkah baiknya masyarakat Malaysia lebih meraikan pesta yang menyemarakkan semangat perpaduan sesama kita seperti pesta makanan dan minuman bangsa-bangsa di Malaysia. Ia juga lebih signifikan dan sesuai dengan masyarakat Malaysia yang tinggi dengan adab ketimuran,” katanya.

Dr Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menyatakan pendirian kerajaan membantah sebarang pesta arak diadakan di Malaysia

BBF17 sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

Bagaimanapun, media semalam melaporkan bahawa Zahid telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghentikan pesta arak berkenaan.

The post Arak perbuatan maksiat, wajib ditinggalkan: Mufti Wilayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arak perbuatan maksiat, wajib ditinggalkan: Mufti Wilayah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arak perbuatan maksiat, wajib ditinggalkan: Mufti Wilayah"

Back To Top