KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1438H, Selasa – Bangunan asal Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang baru siap dinaik taraf akan mula beroperasi pada awal November ini.
Pengetua pusat tahfiz, Mohd Zahid Mahmood berkata, pusat tahfiz berkenaan bakal menerima 20 pelajar iaitu 14 mangsa yang terselamat dan enam pelajar yang tidak terlibat dalam insiden itu kerana tidak tidur di asrama pada hari kejadian.
“Sepatutnya pusat tahfiz berkenaan akan memulakan operasi pada awal September ini, tetapi disebabkan insiden yang tidak diingini itu maka kita terpaksa melanjutkan operasinya pada November ini,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.
Beliau berkata, bangunan tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian kebakaran Khamis lalu.
Bangunan yang terbakar itu merupakan penempatan sementara untuk menempatkan pelajar pusat tahfiz bagi membolehkan bangunan asal dinaik taraf.
The post Bangunan asal pusat tahfiz mula operasi November ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bangunan asal pusat tahfiz mula operasi November ini
0 Komentar untuk "Bangunan asal pusat tahfiz mula operasi November ini"