Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyangkal dakwaan pihak yang menuduhnya menggunakan khutbah untuk berpolitik.
Ia susulan status pengguna Facebook yang dimuatnaik Al-Hussain baru-baru ini, mendakwa Ustaz Zamri menjadi khadam UMNO dan PAS kerana menjadikan khutbah sebagai alat prpropaganda murahan politik.
Dakwanya, khutbah berkenaan mengandungi sindiran dan tuduhan rambang terhadap parti politik yang kononnya menggunakan konsep rahmatan lil-alamin sebagai alasan memenjadi “pak turut’ kepada rakan- rakan yang memusuhi Islam.
Meskipun dalam teks tersebut tidak menyebut nama parti PAN secara jelas, namun pengguna Facebook berkenaan menganggap ianya ditujukan kepada parti itu.
Kesal dengan tuduhan itu, Ustaz Zamri menegaskan beliau langsung tidak mempunyai agenda politik ketika menyampaikan khutbah.
“Tuduhan dia langsung tak berasas. Dia menuduh secara melulu, beremosi dan tanpa fakta,” katanya.
Jelas Ustaz Zamri juga merupakan Yang Dipertua Isma Ipoh, khutbah Jumaat adalah adalah teks yang dibekalkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) untuk seluruh masjid di Perak.
“Khutbah di negeri ini disediakan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri yang mana Setiausahanya adalah Imam Besar Masjid Negeri.
“Khutbah disediakan oleh jawatankuasa ini setelah dirujuk dari sudut kandungannya kepada Pengarah Jaipk ataupun timbalannya dan akan disemak rukun dan nas nya oleh jabatan mufti.
“Jadi bukan saya yang tulis khutbah itu. Sebab itu saya kata tuduhan dia langsung tidak berasas,” katanya.
Dalam masa sama, Ustaz Zamri turut menegaskan bahawa khutbah berkenaan langsung tidak menyebut mana-mana parti politik.
“Maka, mereka tidak seharusnya gelabah kerana Jaipk tidak mengaitkannya dengan mana-mana parti politik pun,” katanya.
The post Berpolitik dalam khutbah: Tuduhan melulu, beremosi tanpa fakta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Berpolitik dalam khutbah: Tuduhan melulu, beremosi tanpa fakta
0 Komentar untuk "Berpolitik dalam khutbah: Tuduhan melulu, beremosi tanpa fakta"