Gema Semua Maklumat

Harga minyak naik lagi mulai tengah malam ini

Harga minyak naik lagi mulai tengah malam ini

BANGI, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Harga runcit minyak petrol dan diesel naik lagi dua minggu berturut-turut berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 September depan.

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen kepada RM2.20 seliter dan RM2.48 seliter.

Manakala harga runcit bagi diesel pula naik kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, bagi tempoh 31 Ogos hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi RON95 dan RON97 masing-masing mencatat kenaikan sebanyak 1 sen menjadikan ia RM2.16 seliter dan RM2.44 seliter.

Sementara diesel pula dijual pada harga RM2.04 seliter dengan kenaikan sebanyak 3 sen.

Kali terakhir harga minyak mengalami penurunan adalah pada 29 Jun hingga 5 Julai dengan kadar penurunan sebanyak 7 sen.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga minyak naik lagi mulai tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga minyak naik lagi mulai tengah malam ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga minyak naik lagi mulai tengah malam ini"

Back To Top