Gema Semua Maklumat

Bom petrol dilempar ke kedutaan Myanmar di Jakarta

Bom petrol dilempar ke kedutaan Myanmar di Jakarta

JAKARTA, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Indonesia menghantar Menteri Luarnya, Retno Marsudi ke Myanmar bagi mendesak rejim itu menghentikan keganasan dan penghapusan umat Islam Rohingya.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam, setelah bom petrol dilempar ke kedutaan Myanmar di sini.

Serangan terhadap kedutaan itu, menyebabkan kebakaran kecil. Ianya dilakukan sebagai menunjukkan kemarahan yang semakin meningkat di Indonesia berikutan keganasan terhadap etnik muslim Rohingya di Myanmar.

Presiden Widodo berkata, beliau menghantar Marsudi ke Myanmar untuk mengadakan ‘komunikasi intensif’ dengan pihak yang terlibat, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Menteri Luar Negeri telah berlepas ke Myanmar untuk meminta kerajaan negara itu menghentikan dan mencegah keganasan, untuk memberi perlindungan kepada semua warganegara – termasuk orang Islam di Myanmar – dan memberi akses kepada bantuan kemanusiaan,” kata Widodo.

Marsudi juga akan pergi ke Bangladesh, di mana puluhan ribu Rohingya telah melarikan diri, untuk menyediakan bantuan tambahan untuk pelarian di sana.

Dalam pada itu, pemimpin kanan Al-Qaeda di Yaman menyeru serangan dilakukan terhadap Myanmar sebagai tanda sokongan kepada umat Islam Rohingya, lapor pusat pemantau SITE.

Dalam klip video yang dikeluarkan media Al-Qaeda, Al-Malahem, Khaled Batarfi menggesa umat Islam di Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia menyokong muslim Rohingya melawan musuh Allah. – Agensi

The post Bom petrol dilempar ke kedutaan Myanmar di Jakarta appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bom petrol dilempar ke kedutaan Myanmar di Jakarta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bom petrol dilempar ke kedutaan Myanmar di Jakarta"

Back To Top