Gema Semua Maklumat

DAP dah macam kena ‘anjing gila’, kata PAS

DAP dah macam kena ‘anjing gila’, kata PAS

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – PAS menganggap parti rasis dan cauvinis, DAP seperti dijangkiti virus ‘rabies’ apabila kelihatan gigih mencari kuasa dalam Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, DAP dilihat melakukan pelbagai aksi sehingga menampakkan kerakusan dan nafsu besar mereka untuk berkuasa.

“Lim Kit Siang dalam beberapa kenyataan terbarunya bukan sahaja dilihat telah mengabaikan PAN, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh PPBM. Bahkan beliau secara terangan meminta dan menyebut pula kerusi-kerusi untuk DAP, sedangkan ia ditandingi PKR sebelum ini. Jelas Kit Siang sudah merasakan cukup berpengaruh dan menjadi penentu utama PH.

“Terbaru Lim Guan Eng pula mendakwa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika enggan menyertai Pakatan Pembangkang. Ungkapan itu ternyata angkuh dan berbaur ugutan kebudak-budakan.

“Jika Guan Eng merasakan bahawa PAS masih punyai sisi untuk diperkuda atau dimainkan, ingin ditegaskan bahawa seorang mukmin tidak dipatuk dua kali dilubang yang sama,” sindirnya dalam artikel di Harakahdaily.

Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, hakikatnya kedua-dua Lim itu sedang dihantui kembimbangan kehilangan Pulau Pinang serta sebahagian besar kerusi dimiliki sekarang.

“Mereka mulai menghidu bahawa formula gabungan menerusi PH tidak menjamin kemenangan, malah dikhuatiri terdedah kepada pelbagai pengkhianatan. DAP terpaksa bergelut dengan pelbagai akibat dari kejahatan yang mereka rencanakan dahulu,” katanya.

The post DAP dah macam kena ‘anjing gila’, kata PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DAP dah macam kena ‘anjing gila’, kata PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "DAP dah macam kena ‘anjing gila’, kata PAS"

Back To Top