RAKHINE, 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Ada sebab kenapa Myanmar terlalu rakus dan kejam dengan etnik Islam di Rakhine (Arakan), kata seorang aktivis Rohingya.
Mendedahkan perkara itu katanya, kerajaan Myanmar nekad mahu mengusir umat Islam di Rakhine, kerana mereka mahu menempatkan penduduk Buddha di situ.
“Kerajaan mahu menempatkan penduduk Buddha dari Bangladesh, Sri Lanka dan Thailand di Rakhine. Ketika ini mereka cuba menghasut an bertindak kejam dengan masyarakat di Arakan,” katanya.
Jelas beliau, jika kekejaman terhadap etnik Rohingya berterusan, pasti umat Islam Arakan akan pupus dan berakhir.
“Jika tiada campur tangan kerajaan Islam dan masyarakat antarabangsa, hak umat Islam di Rakhine hilang begitu sahaja. Keadaan sekarang sangat dasyat. Tidak ada institusi media atau institusi lain yang boleh memasuki Rakhine untuk meninjau kawasan itu di lapangan,” katanya.
Rakhine (Arakan) hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun.
Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam. Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudian.
Satu-satunya bangsa di dunia yang 100% menganut Islam adalah etnik Rohingya di Arakan.
Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia. -Agensi
The post Myanmar akan jadikan Rakhine tempat tinggal orang Buddha: Aktivis Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Myanmar akan jadikan Rakhine tempat tinggal orang Buddha: Aktivis Rohingya
0 Komentar untuk "Myanmar akan jadikan Rakhine tempat tinggal orang Buddha: Aktivis Rohingya"