Gema Semua Maklumat

DAP jangan jadi pencuri jerit pencuri cuba burukkan PAS

DAP jangan jadi pencuri jerit pencuri cuba burukkan PAS

BANGI, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Parti rasis dan cauvinis DAP usah bersandiwara membaling batu menyembunyikan tangan, meletakkan beban buruk kononnya kerana PAS pembangkang berpecah.

Sedangkan, pada tahun 2001, DAP telah keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan dokumen negara Islam, tegas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

“DAP jangan menjadi pencuri menjerit pencuri. Cuba meletakkan beban buruk kepada PAS yang menyebabkan pembangkang berpecah. Jangan cuba hendak baling batu sembunyi tangan. Tahun 2001, DAP yang keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan dokumen negara Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, DAP yang kononnya memuji bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, hanya pembohongan semata-mata.

Malah, katanya, jika kedua-duanya masih ada, pemimpin DAP tetap menentang keras hasrat PAS untuk menegakkan Islam.

“Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang cuba menggambarkan PAS bersama dengan UMNO. Ketika isu RUU 355, pemimpin DAP dan PH kata PAS menjadi tebusan UMNO kerana bersama di dalam isu RUU 355.

“Dengan takdir Allah ketika isu RUU 164, DAP bermatian untuk bersama UMNO dan BN untuk membolehkan 88A dipinda, dan DAP bersedia bekerjasama dengan UMNO jika perlukan cukup bilang 2/3. Sifir mudah sekarang DAP dan PH sudah bersama dengan UMNO BN,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, politik emosi dan separuh matang yang membuta tuli menuduh PAS bersama dengan UMNO – kerana PAS menyokong pada perkara yang menguntungkan ummah dan Islam – tidak layak dibiarkan bertapak di Malaysia, sedangkan PAS akan lawan siapa sahaja jika tidak betul.

Ustaz Idris berkata, DAP sememangnya rela jika PAS kalah di Kelantan kerana mereka anti kepada program Islam yang dilaksanakan di negeri itu.

“Kita tahu DAP ada sibertrooper yang akan serang balik PAS atas tag line Rahmatan Lil Alamin. Alasan mereka, kita mana boleh kata kepada DAP, nanti hilang Islam sebagai rahmat. Pemimpin DAP tidak boleh disentuh, seolah-olah mereka seperti suci dalam debu.

“DAP jangan cuba kalih isu masalah dalaman parti mereka. Beberapa Adun letak jawatan, dipecat. Adun PKR yang kritis dengan alam sekitar telah dipinggirkan. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk taring,” katanya.

The post DAP jangan jadi pencuri jerit pencuri cuba burukkan PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DAP jangan jadi pencuri jerit pencuri cuba burukkan PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "DAP jangan jadi pencuri jerit pencuri cuba burukkan PAS"

Back To Top