Gema Semua Maklumat

Lesen judi: Jamal patut nasihat Perdana Menteri

Lesen judi: Jamal patut nasihat Perdana Menteri

BANGI, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Lesen perjudian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Sehubungan itu, beliau meminta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menasihati Perdana Menteri terlebih dahulu berhubung perkara itu.

Memetik kenyataannya kepada Harakah, beliau menyifatkan tindakan Jamal memecah meja pada sidang media semalam adalah gimik untuk memperdaya rakyat Selangor.

“Usahlah memperdayakan rakyat Selangor lagi. Zaman UMNO memerintah Selangor dulu juga mempunyai pusat hiburan yang sama,” katanya mengulas perbuatan Jamal semalam.

Pada sidang media di Ampang, Jamal menggesa kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan atau menarik balik lesen Pusat Hiburan Keluarga kerana ada pihak dipercayai menyalahgunakan lesen itu dengan membuka premis judi.

Jamal mendakwa ada 6,800 premis judi yang masih beroperasi di negeri itu.

Sidang media itu menyaksikan Jamal mengambil penukul dan memecahkan sebuah meja bagi menunjukkan tindakan yang akan diambilnya, jika PBT tidak mengambil tindakan dalam tempoh dua minggu lagi

The post Lesen judi: Jamal patut nasihat Perdana Menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lesen judi: Jamal patut nasihat Perdana Menteri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lesen judi: Jamal patut nasihat Perdana Menteri"

Back To Top