TAWAU, 19 Zulhijjah 1438H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi ganjaran berbentuk wang tunai kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada pihaknya.
Malah, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi berkata, hadiah diberi itu adalah sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan oleh suspek kes tersebut sendiri.
Beliau berkata, ganjaran itu bagaimanapun hanya akan diberikan dengan syarat termasuk sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta berjaya disabit kesalahan di mahkamah.
“Di Sabah pada tahun lalu hanya ada dua penjawat awam iaitu masing-masing seorang kakitangan imigresen serta polis menerima ganjaran selepas melaporkan kes rasuah di negeri ini.
“Manakala tahun ini terdapat seorang (anggota polis) sahaja setakat ini yang bakal menerima ganjaran bernilai RM25,000 dan ia akan disampaikan kepadanya pada tahun hadapan.
“Insentif terendah yang ditawarkan adalah RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500, namun kes rasuah membabitkan nilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan,” katanya ketika menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 105 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zon Tawau dan Sandakan.
The post Dapat hadiah jika lapor kes rasuah: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dapat hadiah jika lapor kes rasuah: SPRM
0 Komentar untuk "Dapat hadiah jika lapor kes rasuah: SPRM"