Gema Semua Maklumat

Dialog Qatar, Teluk ditangguh: Arab Saudi

Dialog Qatar, Teluk ditangguh: Arab Saudi

RIYADH, 19 Zulhijjah 1438H, Ahad – Usaha dialog antara Qatar dan negara-negara Teluk ditangguh, kata Arab Saudi.

Al Jazeera melaporkan, keputusan itu dibuat sejurus selepas laporan mengenai panggilan telefon antara Emir Qatar dan putera mahkota Arab Saudi membayangkan kemungkinan penyelesaian dalam krisis diplomatik utama di negara Teluk itu.

Panggilan telefon pada Jumaat lalu antara Emir Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman merupakan hubungan rasmi pertama antara Doha dan Riyadh sejak permulaan krisis lebih tiga bulan lalu.

Dalam panggilan telefon yang dilaporkan oleh media kerajaan dua negara itu, kedua-dua pemimpin menyatakan kesediaan untuk membincangkan kesudahannya.

Agensi berita Arab Saudi, SPA pada mulanya mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan perbualan telefon pada hari Jumaat, mengatakan bahawa Sheikh Tamim telah menelefon Mohammed Salman dan “menyatakan hasratnya” untuk membincangkan tuntutan empat negara yang menyekatnya.

“Butiran akan diumumkan kemudian selepas Kerajaan Arab Saudi mencapai kesefahaman dengan Emiriyah Arab Bersatu, Kerajaan Bahrain dan Republik Arab Mesir,” katanya. – Agensi

The post Dialog Qatar, Teluk ditangguh: Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dialog Qatar, Teluk ditangguh: Arab Saudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dialog Qatar, Teluk ditangguh: Arab Saudi"

Back To Top