Gema Semua Maklumat

Defisit negara kritikal tapi kenapa melabur besar di AS

Defisit negara kritikal tapi kenapa melabur besar di AS

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd di Amerika Syarikat (AS) adalah tindakan salah dan mesti diperbetulkan segera.

Presiden Kongress Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri tidak patut menerima tawaran pelaburan besar Malaysia di AS untuk mengukuhkan ekonomi negara itu.

“AS mempunyai imej yang tidak baik di mata dunia. Presidennya, Donald Trump berdepan kritikan yang masih kuat daripada rakyat AS terhadap pelbagai dasar dan pengumuman yang dibangkitkan.

“Ketidaktentuan polisi adalah antara ciri yang ditunjuk oleh Trump dan ini dizahirkan ramai penganalisis di AS sendiri.

“Bahkan, Pengerusi Rizab Persekutuan, Alan Greenspan sendiri menyatakan kerisauan terhadap cara kepimpinan Trump yang akan memberi risiko kepada ekonomi AS. Kenapa Malaysia terlalu naïf mengenai hal itu,” katanya kepada Ismaweb.

Najib dalam pertemuannya dengan Trump baru-baru ini memutuskan KWSP melabur antara AS$3 bilion (RM12.5 bilion) dan AS$4 bilion di AS.

Najib berkata, KWSP telah beberapa tahun melabur dalam pasaran saham AS dan Eropah bagi meningkatkan kadar pulangan dividen untuk para pencarum, malah pertemuannya dengan Trump adalah untuk menambah peluang pelaburan bagi syarikat itu.

Mengulas lanjut, Azmi sekali lagi berkata, Najib perlu sedar pelaburan besar yang dilulus untuk KWSP dan Khazanah itu tidak tepat untuk masa depan negara.

“Ya, mungkin Najib telah mendapat nasihat dari para pakar pelaburan untuk menawarkan cadangan Malaysia untuk memperkukuhkan ekonomi Amerika. Namun dalam keadaan ekonomi negara sendiri tidak kukuh, apakah wajar Malaysia pula yang mahu membantu ekonomi Amerika?

“Banyak nasihat pakar kepada PM seperti penubuhan beberapa agensi pelaburan sudahpun berdepan dengan krisis hutang yang besar. Tetapi persoalan yang lebih besar ialah untuk apa wang awam seperti KWSP dan Khazanah dikeluarkan ke negara luar sedangkan negara sendiri sedang berada dalam keadaan defisit bajet yang kritikal, ” soalnya.

The post Defisit negara kritikal tapi kenapa melabur besar di AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Defisit negara kritikal tapi kenapa melabur besar di AS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Defisit negara kritikal tapi kenapa melabur besar di AS"

Back To Top