KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Empat atlet berbasikal kontinjen Malaysia berserta ketua jurulatih cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini, pagi tadi.
Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara Safrul Sahar berkata, dua dari atlet itu terdiri daripada atlet Para Asean, Mohd Hairul Hazwan Wahab dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali.
Dua lagi Mohd Nor Rizual Zainal dan Muhamad Nur Syafiq Suhaimy yang merupakan pilot rider, serta ketua jurulatih Mohd Johari Nayan, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mereka sedang menjalani latihan sempena sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 23 September ini.
Katanya, kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Unit kecemasan Hospital Sungai Buloh.
“Ketua jurulatih sedang menerima rawatan pesakit luar, dua pilot rider sedang menerima rawatan lanjut manakala dua atlet para pula masih sedang menjalani pemeriksaan doktor,” katanya. -Bernama
The post Empat atlet berbasikal, jurulatih cedera dirempuh ketika latihan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Empat atlet berbasikal, jurulatih cedera dirempuh ketika latihan
0 Komentar untuk "Empat atlet berbasikal, jurulatih cedera dirempuh ketika latihan"