Gema Semua Maklumat

Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital

Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital

ALOR SETAR, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Kedah berhasrat menghimpunkan khazanah manuskrip Melayu berkaitan negeri itu dalam bentuk digital.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata, usaha itu membolehkan generasi baharu mudah untuk mendapatkan maklumat.

Selain itu, katanya, ia juga dapat memastikan manuskrip terbabit terus terpelihara, tersebar dan mudah diakses secara meluas.

“Bagi merealisasikan usaha ini, semua pihak perlu melakukan penyelarasan antara jabatan agar penyelidikan, penerbitan dan wacana dapat mengangkat karya agung manuskrip Melayu Kedah.

“Antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darulaman, Undang-Undang Kedah dan yang setara sebagai warisan kebangsaan.

“Usaha ini juga mampu memperoleh pengiktirafan dunia, Memory of the World, Pertubuhan Pendidikan Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) hingga mampu mengharumkan nama Kedah dan Malaysia,” katanya pada majlis perasmian penutupan Pameran Manuskrip Melayu Warisan Dunia dan Wacana Bedil: Tradisi dan Kini di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah di sini, hari ini.

Jelas beliau, usaha dokumentasi manuskrip itu kelak membabitkan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Cawangan Perlis/Kedah dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

The post Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital"

Back To Top