PUTRAJAYA, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif sebuah perbadanan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta bagi tujuan program latihan.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan perintah reman itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Selain ketua eksekutif bergelar Datuk itu, tiga suspek lain yang direman adalah setiausaha perbadanan, penolong pegawai kewangan dan pengarah syarikat bergelar doktor.
Mereka direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 sehingga 19 September ini.
Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di ibu negara petang semalam dalam satu operasi khas yang dilancar agensi itu.
Siasatan awal SPRM mendapati salah seorang suspek berusia 58 tahun disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta pada tahun lepas, manakala RM25 juta lagi pada tahun ini.
Difahamkan, kerajaan memperuntukkan RM40 juta kepada perbadanan itu tahun ini bagi mengendalikan program-program latihan dan pada tahun lepas, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.
Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
The post Empat individu direman seleweng dana kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Empat individu direman seleweng dana kerajaan
0 Komentar untuk "Empat individu direman seleweng dana kerajaan"