Gempa Mexico: Misteri Frida Sofia -
Gempa Mexico: Misteri Frida Sofia merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Gempa Mexico: Misteri Frida Sofia
Misteri Frida Sofia
SH - 23 SEPTEMBER 2017
Pasukan penyelamat membuat isyarat 'senyap' ketika operasi Sar yang masuk hari kedua di Mexico City
MEXICO CITY - MEXICO. Usaha mencari dan menyelamat (Sar) seorang kanak-kanak perempuan selama beberapa jam selepas gempa berkekuatan 7.1 skala Richter menggegar Mexico dan meragut sekurang-kurangnya 240 nyawa pada Selasa lalu akhirnya bertukar misteri.
Budak berusia 12 tahun tersebut dilaporkan menggerakkan jarinya ketika memberitahu namanya kepada anggota penyelamat selain turut mengesahkan terdapat mangsa lain yang terperangkap bersamanya.
"Saya dahaga, saya ok. Tolong jangan ambil masa terlalu lama," lapor akhbar El Universal, kelmarin.
Kisah Frida Sofia yang terperangkap di bawah runtuhan sekolahnya telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media tempatan berikutan operasi Sar memberi tumpuan penuh kepadanya.
Ia mengundang simpati banyak pihak untuk menghantar bantuan seperti kren, rasuk sokongan dan kelengkapan canggih lain termasuk alat pengimejan terma serta sensor ke sekolah tersebut.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam usaha dramatik itu dilancarkan, Frida Sofia dikatakan tidak wujud.
"Kami mahu menekankan bahawa kami tidak pernah dimaklumkan tentang budak perempuan itu. Kami tidak percaya dan yakin ia bukan realiti," kata Penolong Setiausaha Tentera Laut, Angel Enrique Sarmiento.
Menurutnya, perkara itu disahkan berdasarkan kamera yang dimasukkan ke bawah runtuhan Sekolah Enrique Rebsamen terbabit yang gagal mengesan kewujudan Frida Sofia seperti diperkatakan kebanyakan anggota penyelamat.
Menurut beberapa laporan, pegawai kerajaan juga tidak dapat mengesan saudara mara budak itu malah tiada kanak-kanak bernama Frida Sofia pernah berdaftar di sekolah terbabit.
Beberapa anggota penyelamat bagaimanapun mendakwa ia adalah kisah benar kerana mereka telah berhempas-pulas sepanjang malam untuk menyelamatkan budak perempuan tersebut.
"Kanak-kanak itu masih hidup di ruang bawah tanah bersama lima lagi rakannya yang lain," kata anggota penyelamat, Raul Rodrigo Hernandez Ayala.
Sementara itu, seorang sukarelawan, Alfredo Padilla berkata, apa yang penting terdapat tanda budak itu masih hidup dan mereka berusaha untuk menyelamatkannya walaupun ia mencetuskan kekeliruan.
Sementara itu, Setiausaha Pendidikan, Aurelio Nuno memberitahu perkara sama pernah berlaku pada 1985 ketika gempa berkekuatan 8.0 skala Richter meragut 9,500 nyawa.
Kira-kira 32 tahun lalu, media melaporkan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap di bawah runtuhan beberapa hari selepas kejadian gempa tersebut.
Operasi Sar dilancarkan secara besar-besaran untuk menyelamatkan budak terbabit yang akhirnya disahkan tidak wujud hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. - AP

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "Gempa Mexico: Misteri Frida Sofia"