BANGI, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Harga runcit minyak petrol dan diesel naik lagi berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 20 September depan.
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik 1 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM2.21 seliter.
Manakala petrol RON97 pula naik empat sen daripada RM2.48 seliter dan RM2.52 seliter.
Untuk harga runcit bagi diesel naik 9 sen daripada RM2.05 seliter kepada RM2.14 seliter.
Kali terakhir harga minyak mengalami penurunan adalah pada 29 Jun hingga 5 Julai dengan kadar penurunan sebanyak 7 sen.
Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.
The post Harga minyak naik lagi, tidak turun sejak 6 Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga minyak naik lagi, tidak turun sejak 6 Julai
0 Komentar untuk "Harga minyak naik lagi, tidak turun sejak 6 Julai"