Gema Semua Maklumat

‘Ikutlah undang-undang, elak kahwin di Arab Saudi’: Mufti

‘Ikutlah undang-undang, elak kahwin di Arab Saudi’: Mufti

BANGI 18 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Pasangan yang berniat untuk berkahwin di Arab Saudi dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian selepas ia diputuskan melanggar undang-undang negara berkenaan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sesiapa sahaja termasuk pasangan yang mahu berkahwin, mestilah akur dengan undang-undang negara berkenaan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Katanya, meskipun pernikahan itu tidak salah daripada segi hukum agama, namun soal dokumentasi perkahwinan merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

“Daripada segi hukum tak salah, dimana-mana pun boleh kawin. Tapi daripada segi peraturan, bila kita kahwin disana, kalau tak dapat kebenaran, bukti perkahwinan tak didaftarkan, akan mengundang masalah dikemudian hari.

“Seperti perkahwinan di Thailand tanpa dapat apa-apa surat keterangan yang dia dah berkahwin. Mungkin (dikhuatiri) pasangan yang berkahwin di Mekah akan jadi begitu juga,” katanya dipetik portal online. 

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan perkahwinan rakyat Malaysia di Arab Saudi adalah dilarang kerana melanggar undang-undang negara tersebut.

Mas Ermieyati berkata, perkahwinan di Arab Saudi akan menimbulkan masalah buat pasangan tersebut ketika mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.

Sehubungan itu, Abdul Rahman menasihatkan pasangan yang mempunyai keinginan sedemikian agar mematuhi setiap prosedur dikedua-dua negara iaitu Malaysia dan juga Arab Saudi, dan bukannya sibuk mengikut trend. 

“(Ikut peraturan) barulah perkahwinan itu tidak ada masalah bila berkahwin nanti. Kita pun tak tahu disana guna wali hakim bagaimana, kita bimbang perkahwinan itu tak ikut syarak yang sebenarnya,” katanya lagi. 

The post ‘Ikutlah undang-undang, elak kahwin di Arab Saudi’: Mufti appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Ikutlah undang-undang, elak kahwin di Arab Saudi’: Mufti
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Ikutlah undang-undang, elak kahwin di Arab Saudi’: Mufti"

Back To Top