Gema Semua Maklumat

Bangladesh desak Myanmar tubuh zon selamat untuk Rohingya

Bangladesh desak Myanmar tubuh zon selamat untuk Rohingya

DHAKA, 18 Zulhijjah 1438H, Sabtu– Bangladesh mendesak Myanmar untuk mewujudkan zon selamat yang dikendalikan kumpulan bantuan kemanusiaan untuk pelarian etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar.

Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque berkata, zon tersebut penting  bagi menghalang mereka daripada menyeberangi sempadan negara itu susulan operasi ketenteraan.

Difahamkan, Dhaka telah menghantar cadangan berkenaan kepada kerajaan Myanmar menerusi Persatuan Palang Merah Antarabangsa untuk menubuhkan tiga kawasan di Rakhine bagi mewujudkan zon selamat.

Bagaimanapun cadangan Bangladesh itu dijangka tidak akan mendapat perhatian Myanmar kerana mereka mendakwa penduduk etnik Rohingya adalah pendatang asing dari Bangladesh.

Ekoran itu, Bangladesh, yang merupakan antara negara termiskin di dunia, perlu membuka kem pelarian baharu untuk menampung kebanjiran penduduk etnik Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

“Logik penubuhan zon berkenaan adalah supaya tiada Rohingya yang boleh memasuki Bangladesh,” kata Shahidul.

The post Bangladesh desak Myanmar tubuh zon selamat untuk Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bangladesh desak Myanmar tubuh zon selamat untuk Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bangladesh desak Myanmar tubuh zon selamat untuk Rohingya"

Back To Top